Followers

Pages

Itulah Sayang 4 & 5

Bab 4
“Aku tak tahu apa-apa pasal Amzar,” ujar aku bersahaja dan kemudian berkalih tubuh. Sengaja aku beritahu dia awal-awal sebab dia tanya dekat orang yang salah. Aku bukannya tahu sangat kisah hidup si Amzar tu. Yang aku tahu Amzar solo tapi available ke tidak aku tak pasti. Aku tahu pun sebab ibu yang sibuk nak kenenkan aku dengan Amzar. Kalau ibu kelentong maka kelentong jugalah aku dengan Yuyu.
            “Macam mana kau tahu aku nak tanya pasal Amzar?”
            “Tengok muka gedik kau tu pun aku dah tahu Yuyu..”
            Yuyu labuhkan punggung di kerusi di hadapan aku sambil mencebikkan bibir.
            “Aku tak percayalah.. Mesti kau sengaja tak nak aku kenal dengan dia, kan?” tebak dia pula dan pandang wajah aku dengan penuh curiga.
            Aku bulatkan mata dengan tuduhan tak masuk akal Yuyu. Pasal apa pula aku nak buat macam tu? Tak masuk akal langsung. Agak-agaklah kut..
          “Sorry sikit. Kuasa aku nak buat perkara mengarut macam tu. Buat apa aku tipu kau pula?”
            “May be sebab kau sendiri pun sukakan dia?”
            Automatik tubuh aku terbangun dari duduk mendengar tuduhan Yuyu. Aku bercekak pinggang dan memanahkan renungan tajam aku ke wajah Yuyu. Macam manalah dia boleh buat kesimpulan yang tak masuk akal macam tu? Aku sukakan Amzar? Hesy!
            “Excuse me? Aku takkan sesekali sukakan lelaki macam dia tu, okey? He is not my type!” Keras suara aku menafikan tuduhan Yuyu.
            “Relakslah babe. Aku bergurau aje pun. Yang kau serius sangat ni kenapa?” Yuyu ketawa kecil melihat gelagat aku.
            Aku henyakkan punggung ke kerusi. Mana aku tak serius? Pantang sungguh aku kalau orang mengata aku perkara yang tak betul. Bergaduh sampai esok lusa pun aku sanggup..
            “Sekali lagi kau cakap macam tu siaplah kau.”
            “Sorry, okey? Aku bukan apa. Hairan aje. Kau kan sekampung dengan dia? Takkanlah kau tak tahu apa-apa pasal dia atau keluarga dia?”
“Yang aku tau dia anak sulung. Family dia biasa-biasa aje macam family orang lain juga. Mak dan ayah dia ada lagi. Tak silap aku, ayah dia dah meninggal beberapa tahun dulu. Selain daripada bisnes kolam memancing, dia ada bela lembu dan kambing.”
“Takkan itu aje?” tanya Yuyu dengan muka tak percaya.
“Itu ajelah. Kalau kau nak tahu lebih details kau usaha sendiri. Aku ni bukannya duduk serumah dia dan bukannya sedara mara dia. Bercakap dengan dia pun baru-baru ni aje,” jelas aku pula. Jujur aku cakap yang aku tak pernah teringin pun nak ambil tahu pasal Amzar. Apa yang ibu cerita masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Buat apa nak simpan dalam kepala otak aku? Tak bernilai satu sen pun.
“Kau tak ada ke nombor telefon dia, Kay? Facebook dia kau tahu tak?” tanya Yuyu lagi.
“Mana ada. Buat apa aku nak simpan nombor dia pula?”
“Adik kau mesti ada, kan? Kau tolong mintakan. Boleh?” Bersinar-sinar mata Yuyu berharap aku tolong mintakan nombor telefon Amzar dari adik-adik aku. Hesy. Tak kuasa aku nak buat macam tu. Mampus kalau dia orang berdua tersalah faham. Kalau aku cakap Yuyu yang nak, aku bajet mesti dia orang tak percaya punya. Tak naklah aku nak jerumuskan diri aku ke dalam bahaya macam tu.
“Apa kata kau minta sendiri dengan adik aku? Tak pun kau minta sendiri dengan Amzar.”
“Kau cabar akulah ni?”
Aku angkat bahu dengan pertanyaan Yuyu. Cabar tu tidak.. tapi aku nak tahu setinggi mana kesungguhan Yuyu nak mengenali Amzar. Hangat-hangat taik ayam aje ke?
“Okey. Tak apa, Kay. Aku sahut cabaran kau. Aku minta sendiri dengan Amzar nanti.”
Spontan pandangan mata aku mencari wajah Yuyu. Bersungguh-sungguh bunyinya minah ni. Terdetik rasa hairan di hati aku. Pada pandangan mata aku tak ada benda yang istimewa pun ada dekat Amzar sampai Yuyu boleh terjatuh hati sekelip mata.
 “Kau betul-betul serius ke nak mengurat si Amzar tu?”
“Seriuslah kalau dia tak berpunya lagi.”
“Serius? Apa yang kau nampak dekat dia sampai kau terus terpikat? Hairanlah aku. Dengan selekehnya mamat tu. Orang kampung aje, Yuyu.” Geleng kepala aku mendengar kata-kata Yuyu. Nak kata terdesak... Yuyu kut? Jangankan lelaki macam Amzar.. Lebih daripada tu pun boleh Yuyu dapat.
“Lelaki macam dia tu masuk dalam kategori rare. Susah nak jumpa zaman sekarang ni. Aku dapat rasakan dia tu baik orangnya. Bercakap pun lemah lembut aje. Kau bayangkanlah.. Aku punya lama renung dia tapi sekalipun dia tak menoleh dekat aku semula..” 
Terkebil-kebil mata aku mendengar penjelasan Yuyu. Anak mata naik ke atas sambil tahan rasa meluat. Sungguh, aku tak boleh nak hadam pujian Yuyu terhadap Amzar. Lembut tutur kata dan sebab mamat tu tak pandang dia? Itu aje ke? Rare celah mananya? Payah sungguh bercakap dengan orang yang disampuk angau ni.. Semua nampak istimewa aje dekat mata.
“Tapi dia tu tak bukannya hensem pun. Tak sepadan dengan kau. Kau tak malu ke?”
“Kau sorang aje yang cakap dia tak hensem. Okey apa dia tu? Hensem sangat macam boy-freind kau tu buat apa kalau tak pandai nak setia? Buat sakit jiwa aje..”

Tersentak aku mendengar sindiran Yuyu. Kena setepek tepat ke dahi aku. Pergh! Tak sayang mulut minah ni. Aku mendengus perlahan. Jujurnya aku mengaku yang aku tersentap dengan sindiran Yuyu.. 
“Kau tahu Sufian datang ke mari baru-baru ni?” tanya Yuyu tiba-tiba.
            “Tahu.”
            Dah tentulah aku tahu. Sufian ada hubungi aku dan ajak aku berjumpa dengan dia. Sampai aku terpaksa buat cerita dongeng dekat dia semata-mata tak mahu dia terus menganggu aku. Mujur tak kantoi dengan Amzar..
            “Dah macam gila talak aku tengok dia tu Kay. Tak dapat cari kau, dia ganggu aku pula.”
Aku menoleh ke arah Yuyu. Terkejut dengan penjelasan dia. Ini baru betul kes berat. Aku tak pernah lagi berjumpa lelaki yang muka tembok serupa dia sebelum ni. Annoying tahap maksima. Aku yakin sangat kalau aku tak berjumpa dengan dia, dia akan terus menganggu aku dan Yuyu lagi. Aku kena juga berjumpa dengan dia dan selesaikan masalah ni.. Mesti. 

Bab 5
“Saya tak boleh lupakan awak. Saya nak kita jadi macam dulu. Tak perlulah kahwin cepat-cepat. Kita muda lagi, kan? Kita enjoy la dulu puas-puas. Kenal hati budi.”
Amboi! Senangnya dia bercakap? Naik juling biji mata aku medengar pujukan Sufian. Tak fikir pasal masa depan langsung. Nak enjoy sampai bila? Apa makna muda pada pandangan Sufian agaknya?
“Pernah tak sekali awak fikir ke mana hubungan kita ni Sufian? Awak ada terdetik ke nak kahwin dengan saya selama ni?” tanya aku lagi. Cuba bawa bersabar dengan kerenah mamat depan aku ni yang dah mula buat darah aku mendidih.
“Mestilah ada tapi awak faham-fahamlah. Saya banyak tanggungan. Adik-adik saya ramai lagi yang tengah bersekolah. Saya belum nak kahwin lagi sekarang. Duit saya tak pun cukup lagi nak kahwin.”
Dan dia bagi jawapan sama setiap kali aku bangkitkan soal ni. Muak aku dengan alasan Sufian. Dia nak tipu aku buat apa entah. Bukan ke dia sendiri yang beritahu aku dia anak bongsu? Celah mana datangnya pula adik-adik dia yang kecil-kecil tu? Huh! Orang dah yang selalu menipu memang tak ingat apa yang dia dah tipu.
“Bila duit awak nak cukup?”
“Kalau awak tolong... bolehlah kita kahwin cepat.” Dia tersengih-sengih. Macamlah aku bodoh sangat nak termakan dengan kata-kata dia. Macamlah selama ni aku ni kedekut sangat sampai tak pernah tolong dia. Berapa banyak kali aku tolong pun aku sendiri dah tak ingat. Aku rasa dia pun dah tak ingat berapa kali sudah dia pinjam duit aku. Gantinya adalah dua tiga kali. Itu pun masa awal-awal dia belajar pinjam duit daripada aku. Lepas tu setiap kali dia pinjam haram tak berganti-ganti. Aku pula dari rasa ikhlas terus bertukar jadi nak marah dan sakit hati.
“Cukup-cukuplah nak menipu saya Sufian. Saya dah masak dengan perangai awak. Saya dah bosan dengar alasan awak.” Aku suarakan isi hati aku sekali lagi. Kalau dia bersungguh nak kahwin dengan aku dah lama dia menabung.
Sejurus mendengar kata-kata aku, Sufian bangun dari kerusi yang dia duduk di hadapan aku dan beralih ke kerusi di sebelah aku pula. Aku merengus kasar. Dah boleh jangka apa yang Sufian nak buat. Sekejap lagi keluarlah semua ayat-ayat manis lemak merdu dia memujuk aku percayakan kata-kata dia. Setiap kali aku naik angin dengan tindakan dan kata-kata dia setiap kali itu juga dia memujuk dan ulang janji lama yang tak pernah dia buat. Taktik basi.
Stop it. Tak payah nak pujuk-pujuk saya bagai. Saya tak nak dengar janji-janji palsu awak tu. Bosanlah. Sampai bila kita macam ni? Tiap kali putus lepas tu sambung balik. Bila nak habis?” Aku beri amaran awal-awal dekat dia sebelum dia buka mulut. Tajam renungan aku singgah di wajah Sufian. Dia mendengus dan sandarkan tubuh ke kerusi. Lama dia membisu sambil merenung aku.
“Dah tu awak nak apa sekarang? Apa tujuan awak datang berjumpa dengan saya?” tanya dia pula. Hilang segala manis muka dan bahasa.
“Kita berpisah betul-betul kali ni. Dan tolong jangan ganggu saya lagi,” ujar aku tegas. Cukuplah aku bagi muka dekat dia.
“Sekarang ni siapa yang nak sangat berpisah? Awak ke saya?” tanya dia pula.
“Saya nak permudahkan urusan awak aje. Apa salahnya awak buang sorang girl-friend dari senarai awak yang panjang berjela tu,” perli aku selamba.
“Bila masa saya ada girl-friend lain? Ini yang saya tak suka pasal awak! Cemburu buta! Asyik nak control dengan siapa saya nak berkawan. Suka hati sayalah saya nak keluar dengan perempuan lain pun,” bidas dia kasar dan menafikan tuduhan aku dengan keras.
Eh? Sesedap rasa dia aje tuduh aku kawal gerak geri dia. Bila masa pula aku buat semua tu? Aku ni cemburu buta? Cemburu buta celah mana? Logiklah sikit. Siapa yang tak marah kalau lelaki yang mengaku sayangkan kau sorang dan kemudian dia bermesra dengan perempuan lain di belakang kau. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, kut? Kalau takat keluar makan sama-sama tu aku tak kisah tapi kalau dah berpegang tangan dan berpeluk macam belangkas tu apa bendanya?
“Kalau dah tak suka, kita putus aje la. Buat apa awak merayu-rayu dengan saya ni? Kenapa awak nak saya jadi girl-freind awak lagi?” perli aku sinis. Hilang akal agaknya mamat ni.
“Awak special girl-friend saya. Dekat dalam hati saya awak duduk dekat tempat lain. Dia orang tu semua kawan biasa-biasa aje. Buat isi masa lapang aje.”
Kalau macam tu banyak sungguhlah masa lapang dia selama ni, ek. Lelaki jenis macam ni yang aku nak buat suami? Kirim salamlah! Aku geleng kepala beberapa kali. Mujurlah Allah bukakan pandangan mata aku awal-awal. Harap muka aje hensem tapi perangai nauzubillah..
Sorrylah Sufian. Frankly speaking, saya tak nampak masa depan saya dengan awak. Awak ingat sebab awak ada rupa sikit awak boleh kelentong semua perempuan yang awak kenal? Saya fikir awak boleh berubah.. tapi malangnya saya tersilap.” Aku ucapkan satu-persatu perasaan hati aku yang berbuku selama ni terhadap Sufian. Aku ingat aku boleh buktikan dengan ayah yang Sufian tak seperti yang dia cakapkan. Tapi kata-kata ayah memang selalunya tak pernah salah.
Fine! Kita putuskan dekat sini aje, Kay. Saya pun dah tak boleh tahan dengan perangai awak. Awak ingat awak cantik sangat ke? Berlagak nak mampus!” tuturnya kasar.
Fine!” Aku cuma menjongket bahu. Tak ada rasa sedih pun. Terkejut pun tidak. Jangan mimpilah aku nak meraung atau nak bersedih. Cuma sakit hati sebab aku pula yang dia tuduh berlagak! Aku ambil beg tangan aku dan bangun dari kerusi. Langkah aku tala terus ke tempat letak kereta tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Aku melangkah dengan laju sebab aku tahu dia tengah kejar langkah aku.
“Kay! Tunggu. Saya belum habis bercakap lagi..”
Aku merengus geram. Apa lagilah yang Sufian nak ni? Lengan aku ditarik kuat bila mana aku buat tak peduli dengan panggilan dia. Aku kalihkan tubuh menghadap dia dengan perasaan marah. Menanti apa yang dia nak beritahu aku. Sesekali aku selak rambut yang menyapu muka bila angin laut bertiup menerbangkan rambut aku hingga menutup mata. 
“I love you Kay. So much.. Please. Saya tak tipu. Saya akan ikut semua apa awak nak. Kalau awak saya berjumpa dengan keluarga awak sekarang pun saya sanggup.”
Eh? Dan dan dah bertukar pula dia punya dialog? Sekejap tadi marahkan aku.. tiba-tiba merayu  pula.
“Saya tak nak.” Aku bertegas. Kalau aku tak buat macam ni aku yakin dia anggap aku cuma bermain kata dan bermain dengan masa. Dia anggap aku acah-acah nak berpisah dengan dia.
“Okey. Okey. Ini kali terakhir saya pujuk awak. Selepas ni saya takkan pujuk awak lagi.” Sufian menukar rentak sekali lagi. Dia menggertak aku pula kali ini.
 Alahai! Geli sungguh hati aku dengan kata-kata dia. Eh, boleh jalanlah Sufian ooi. Macamlah aku gian nak dipujuk-pujuk ni? Aku pun kalau boleh tak ingin tengok muka dia selepas ni.
“Ada saya kisah?” jawab aku selamba sambil pandang wajah dia dengan rasa meluat. Dia nampak terkejut dengan kata-kata aku. Apa yang dia nak terkejutkan sangat? Dia ingat aku tengah berdrama ke dengan dia sekarang?
“Awak jangan nak telefon saya, nak mesej saya merayu-rayu lagi dengan saya selepas ni.”
Bila masa pula aku buat semua tu? Kuasa pula aku nak merayu-rayu dengan jantan macam Sufian? Dia ingat dia tengah bercakap dengan perempuan mana? Dia dah lupa ke aku tak pernah langsung buat kerja bodoh serupa yang dia cakap.
Don’t worry. Saya takkan buat benda bodoh macam tu.”
“Bagi balik cincin yang saya bagi kat awak tu sekarang.”
Huh! Cincin yang harga tak sampai seratus ringgit tu pun dia minta semula? Habis yang dia pinjam duit aku selama ni bila pula dia nak ganti? Jam tangan, rayban yang aku beri tu dia tak nak pulangkan semula dekat aku? Cincin seketul tu dia ingat pula? Heee.. Menyirap darah aku! Penipu! Jantan kaberet! Jantan sengkek! Bergema-gema perkataan tu di kepala aku. Menanti untuk aku terjemahkan dengan perkataan. Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan untuk tenangkan perasaan.
“Awak tak perlu risaulah. Nanti saya beri semula cincin awak tu. Cincin tu kalau saya gadai pun tak laku. Awak ingat saya nak simpan ke?” perli aku pula. Kemudian tersenyum sinis pada dia. Puas hati aku melihat wajah dia ketara nampak tersentap dengan sindiran aku. Tanpa sepatah kata dia lepaskan tangan aku dan kemudiannya beredar dengan langkah panjang menjauhi aku. Baru senang hati aku setelah Sufian beredar.
Spontan mata aku melirik ke sebelah kanan bila terdengar bunyi riuh rendah. Aku terkaku seketika sebaik pandangan mata aku bertembung dengan lelaki tersebut. Cepat-cepat aku meloloskan tubuh ke dalam perut kereta. Daun pintu aku hempas sepantas mungkin. Punah! Kenapa dalam ramai-ramai orang yang tengok mesti mamat ni yang jadi salah satu penonton drama sebabak aku dengan Sufian tadi? Dia buat apa dekat sini? Dating? Aku hidupkan enjin kereta dan kemudian kelam kabut mencari cermin mata gelap dari dalam beg tangan. Payah jadi orang perasan vogue serupa aku ni. Terasa macam satu dunia tengah perhatikan setiap gerak geri aku.
Aku kerling sekali lagi kereta di sebelah. Bila aku tengok pintu kereta dibuka cepat-cepat aku rendahkan tubuh dan tutup muka aku dengan telapak tangan. Dari ekor mata aku nampak dia tengah berdiri menghadap aku. Aku boleh rasakan dia tengah merenung aku dengan sinis. Apa masalah mamat tu dengan aku? Kenapa cara dia tenung aku tu macam nak telan aku hidup-hidup aje? 
Perlahan kepala aku menoleh ke sebelah kanan. Aku tarik nafas lega. Dah tak ada pun mamat tu. Janganlah mamat tu jadi kaki sibuk. Janganlah dia ceritakan dekat ayah pula apa yang dia nampak tadi. Andai katalah dia buat juga... aku takkan teragak-agak nak isytiharkan perang dengan dia. Tengoklah nanti. 

p/s : Hurm.. Setakat ni macam mana? Bosan ke boleh layan ke?  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...