Followers

Teaser Sungguh Aku Gilakan Kau - (last)


TEASER (Last) 


AKU  yakin aku tak salah orang. Memang lelaki tadi Danial. Aku nampak dia sedang berbual di telefon bimbit. Di sebelahnya berdiri seorang wanita tapi aku tak nampak jelas wajahnya. Dari jarak begini yang aku boleh pastikan wanita itu memang cukup bergaya. Orang kata ada kelas dari segi penampilannya. Yang buat jantung aku melompat sebab tengok tangan wanita tersebut bersahaja benar memaut lengan Danial. Danial ada kekasih ke? Selama ini memang aku tak pernah tahu kerana dia tak pernah ceritakan. Bila Danial dan wanita itu masuk ke dalam kereta aku terus saja menahan teksi dan menyuruh driver teksi tersebut mengekori kereta Danial. Ah. Menyesal betul datang ke mari. Ziyad pulak yang buat hal. Batalkan pertemuan kami dengan SMS pendeknya. Selalu saja begitu. 
“Berapa pakcik?”
Aku terburu-buru mahu keluar dari teksi.
“Empat puluh lima ringgit saja cik.”
Saja? Mahal gila kot. Bukan jauh mana. Malas nak bersoal jawab aku hulurkan sekeping not lima puluh padanya dan terus berlari masuk ke dalam hotel lima bintang yang tersergam di hadapanku. Dari jauh aku dengar pakcik teksi melaung aku untuk pulangkan duit baki tapi tak aku peduli. Aku mahu tahu tujuan Danial dan wanita tersebut ke mari. Mata meliar mencari susuk Danial dan perempuan tersebut.
“Rene buat apa kat sini?”
Aku terkejut. Langkahku mati serta merta. Alamak. Danial berdiri tegak di belakangku dengan wajah hairan. Macamana aku boleh terkantoi pulak? Sedang aku melilau mencari dia aku lansung tak cover diri aku. Aku berdiri di tengah-tengah lobi hotel. Dan Oh! Bukankah soalan tu sepatutnya aku yang tanyakan pada dia.
“Awak pulak buat apa kat sini?” Aku tanya dia semula. Dia memandangku lama.
Please. Don’t tell me you following me from the beginning? Sejak bila jadi spy ni?” Soalnya sinis. Aku terdiam. Soalan terus berbalas soalan. Tak ada lansung barang satu jawapan. Ah. Dia perasan ke? Atau dia sekadar main teka teki. Aku tunduk merenung lantai yang bercorak cantik. Alasan? Apa alasan aku nak berikan?
“Rene?” Sekali lagi dia seru nama aku.
“Eh. Bukan hotel ni ke? Awak suruh saya datang sini kan?” Aku cuba senyum. Namun entah kenapa senyum yang aku lemparkan terasa amat plastik. Senget benget. Sudahnya aku garu kepala yang tak berapa gatal.
“Bukan. Awak tak tipu saya kan?”
Kalau awak bodoh awak percayalah.
Of course not. Tapi kalau bukan kenapa awak pun ada kat sini?” Aku tanya dia semula. Talakan pandangan separa berani padanya. Dalam hati aku memang berharap dia beri jawapan yang benar-benar aku mahukan.
“Oh. Saya hantarkan kawan saya. Dia tinggal kat sini.”
Okey then... Saya balik dulu. Enjoy your date..”
Sorry. Again? Date? Rene cakap apa ni?”
“Mesti kawan lama awak tu perempuan kan? Kalau tak awak takkan tunggu dia kat sini lagi.” Nada suara mula jadi sinis. Apa sebabnya aku jadi begini? Sakit hati dengan raut wajah tenangnya. Lansung tak rasa bersalah waima sedikit pun.
Astagfirullahallazim! Kan saya dah cakap. Tak baik fitnah orang. Lebih-lebih lagi suami sendiri.”
Whatever. Saya..”
Aku lihat Danial mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Kesempatan itu ambil untuk berlalu dari situ. Kenapa hati aku rasa sakit sangat? Terasa pedih. Aku mengurut dada yang terasa sempit dengan desahan cemburu. Hah? Cemburu? Betul ke aku cemburu? Tidak tahu ke mana mahu melangkah aku menahan teksi dan terus ke rumah Nadya. Bulat mata Nadya melihat kedatanganku malam-malam begini. Macam-macam soalan yang dia tanya. Hampir tiga jam aku di rumahnya dengan matikan telefon bimbit tanpa rasa bersalah walau sedikit pun. Sebaik sampai di rumah aku lihat kereta Danial telah terparkir di pouch. Aku menarik nafas. Aku tolak pintu bilik perlahan. Dia sedang solat. Lewat benar? Aku ambil kesempatan untuk membersihkan diri dan kemudiannya segera merebahkan diri ke katil. Tidak tunggu lama aku pejamkan mata biarpun tiada rasa mengantuk. Tidak mahu berbual dengannya.
“Rene ke mana? Saya call tak dapat-dapat dari tadi?”
“Rumah Nadya. Sorry saya tertidur.”
“Lain kali jangan buat macam ni. Saya risau. Tahu berapa lama saya tunggu awak kat sana? Call me. Tell me kalau awak tak nak datang.” Suaranya mendatar. Aku yakin dia simpan perasan marahnya saat ini. Perlu lagi ke aku tunjuk muka pada dia? Surprise? Memang aku dah dapat ‘surprisenya’ bila tengok dia berpimpin tangan dengan perempuan tu.  Aku mencebikkan bibir. Ah! Tak apalah. Dia tak nampak pun. Aku membelakangkan tubuh ke sebelah sini. Benar aku tiada mood untuk melayan soalan-soalan daripadanya.
“Rene? Dengar tak?”
“Dengar. Saya tidur dulu. Mengantuk sangat.” Balasku malas. Danial tidak membalas apa-apa. Cuma aku rasa terganggu bila Danial merebahkan tubuh di sebelahku. Aku terbayangkan Danial dan wanita itu berpimpin tangan. Dan entah apa lagi yang mereka lakukan kat hotel tu... Parah! Aku rasa macam kena bakar dengan perasaan entah apa-apa ni. Selepas itu aku bangkit dari katil bawa kaki ke bilik tamu. Sungguh air mata aku ni berlumba-lumba nak meleleh ke pipi. Ya Allah. Cepatlah aku mengandung. Supaya aku tak terjangkit dengan masalah hati dengan Danial. Danial pun nak hidup bahagia juga dengan wanita pilihan dia tu....

'so sorry sebab lama gilaaaaa tak updated apa2 kat blog... so ini teaser untuk SAGK~ last di blog.. sob2.. ' selamat membaca semuanya ... lepas ni sy sambung habis cerita SYAS pula.. dan..dan BCUD dulu.. ek.. lame gile terbengkalai.. :D 

9 comments:

  1. lepas nie citer nie akan dibukukan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. akan dibukukan. insyaallah... :) cuma bila akan keluar sy tak tau. mari sama2 kita tunggu .<3 <3

      Delete
  2. tak sabar nak baca full version...:)

    ReplyDelete
  3. Adoiiii mesti lama gila nak keluar ni....

    ReplyDelete
  4. the above caption is love :)

    ReplyDelete
  5. baby mio ~ tak tau lagi lama ke tidak.. insyaallah dlm tahun ni juga :D

    noorliyana shamsuddin ~ huhuhu... harap2 tak lamaaa sangat.. :( tak mo berjanggut dulu.. hihihii

    anonymous ~ terima kasih ya! <3 <3

    hk~ so much love ... hehehehe

    ReplyDelete
  6. novel ni msh blm kuar ke..? dah x sbar nk layan air mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatin.. novel ni dah ada kat kedai buku. dah boleh beli :D boleh beli online juga..

      Delete

terima kasih kerana tinggalkan jejak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...