Followers

CERPEN :BUNGA CINTA UNTUK DIA (Part 6)


Part 6
“Ibu sihat tak?” Aku memeluk tubuh ibu kemas. Sungguh aku begitu merindui ibu. Dari minggu ke minggu hajatku untuk menjenguk ibu tertunda lantaran sikap mama yang menyakitkan hati. Ada saja yang dia mahu aku lakukan. Kalau di hadapan Faiq bukan main manis tutur katanya jika Faiq tiada mulalah wanita itu membebel dan memaksa aku mengikut kehendaknya. Kemana-mana pun mahu aku ikut sekali sekiranya Faiq tiada dirumah. Aku ni menantu atau PA dia? Diheret kesana kemari. Pergi spa dan saloon pun dengan aku. Shopping pun dengan aku. Pergi jumpa kawan-kawan dia pun dia heret aku. Penat aku ni tak boleh cakaplah. Siap jadikan aku tempat rujukan pertemuan dia yang akan datang. Tidak ke melampau sangat tu?
“Sihat. Masuklah. Balik sorang?”
“Taklah...tu..Faiq..Angkat beg.” Ibu memandang wajahku lama. Hairan dengan perubahan yang terjadi barangkali. Sebelum ini aku begitu membenci dan menyalahkan Faiq di atas semua perkara yang terjadi. Bahkan tidak mahu lansung bertemu dengan Faiq walau sekali.
“Panjang ceritanya bu..nanti Pia cerita. tapi ibu jangan anggap Pia dah terima dia sebagai suami Pia.”
Aku melabuhkan punggung dikerusi. Membiarkan Faiq mengangkat beg masuk kedalam bilik. Tak kuasa untuk aku membantu. Di sini aku bebas melakukan apa saja tanpa diperhatikan oleh mama. Dan paling penting aku tidak perlu berpura-pura dengan Faiq. Dia juga tak akan boleh memaksa aku lagi. Ibu telah mengerti bagaimana hubungan kami terjadi.
“Awak tidur bilik lain. Saya tak nak tidur dengan awak.”
“Mana-manalah sayang. Abang tak kisah.”
“Kat sini tak payahlah nak berlakon dengan saya. Bagi saya rehat cukup-cukup. Boleh?” aku meninggikan suara. Rimas dengan dirinya yang masih belum puas berlakon denganku.
“Dah terbiasa. Let it be. Tak luak pun kan? Lainlah kalau Pia dah rasa lain macam kalau abang panggil macam tu.” Aku tersentak. Aku pandang wajahnya yang tersungging senyum manis. Rasa lain macam? Ah. Minta dijauhkan!
****
“Bu..macamana Pia nak hormat dia bu? Dalam hati Pia ni tak pernah lupa sekalipun perbuatan dia pada Pia.” Aku mengeluh. Ibu tak habis-habis pujuk aku supaya terima Faiq dengan hati terbuka. Menerima Faiq sebagai suami dan lupakan semua yang dah berlalu.
“Pia janganlah berdendam sangat macam ni. Tak baik untuk Pia juga. Ibu tengok Faiq baik orangnya Pia. Bertanggungjawab. Bukan tugas kita nak menghukum kesalahan dia. Kita sebagai manusia kenalah saling memaafkan. Barulah hidup kita ni tenteram.”
Aku membuang pandang ke arah jalan yang lengang. berbual panjang dengan ibu tidak lansung memberi ketenangan padaku. Lagi bertambah marah dan tidak puas hati. Apa sangatlah yang Faiq dah lakukan sampai ibu senang-senang nak aku maafkan dia. Memang sah Faiq gunakan duit untuk pujuk hati ibu. Aku yang gundah gulana dan membawa hati ni lansung ibu tak kisah.
“Tengoklah.” Balasku bersahaja. Cuba bersabar di hadapan ibu. Tak mahu berkurang ajar.
“Pia..Pia..tak baik cakap macam ni.”
“Dah tu? Ibu nak Pia buat apa? Pia tak boleh lupa bu. Rasa hati Pia ni macam kena toreh dengan pisau tajam. Lepas tu kena perah dengan limau nipis pula. Pedih bu..”
“Dah 3 tahun.”
“Biar 10 tahun pun...Pia benci dengan dia. Tetap benci dengan dia.” Aku mencelah. Tak bagi ibu sambung ayatnya. Cukuplah kot. Tak perlu nak pujuk pun. Begitu yakin aku menuturkan kata-kata tersebut. Aku bertahan selama ini pun kerana termakan budi dia menjaga ibu semasa aku lari membawa hati yang luka parah. Aku tak minta pun dia tolong, bahkan aku berharap dia faham aku lansung tidak boleh menerima dia sebagai suami aku. Alih-alih kisah lain dikarangnya bersama ibu disini.
“Benci sangat pun nanti bertukar jadi sayang. Nanti dah sayang..orang tu tak pedulikan Pia? Baru Pia tau tinggi rendah langit ni.”
“Tak mungkinlah ibu. Banyak lagi lelaki lain kat dalam dunia ni. Ibu ingat anak ibu ni tak laku ke? Cuma Pia yang tak nak. Pia ingat nak jaga ibu.” Angkuh jawapan aku berikan.
“Ibu cakap yang betul. Tak payah cakap pun ibu tahu Faiq tu ada hati dengan Pia. Dah lama dah. Pia ingat senang-senang dia nak kahwin dengan Pia kalau sikit pun dia tak ada perasaan pada Pia?”
Aku terkedu. Ermm. Betul ke cakap ibu ni? Biarpun sedikit termakan kata-kata ibu aku masih berkeras hati. Tidak mahu terus di’kenenkan’ dengan mamat tersebut. Selagi hati aku masih berdarah selagi itu aku takkan maafkan dia.
**************
Mata tidak mahu lelap. Baru sehari balik ke KL aku sudah rindukan ibu. Lagi pulak asyik terkenang perbualan aku dengan ibu kat sana. Ibu nak aku buka mata hati aku. terima Faiq. Semudah itu? No way ibu. Entah apa yang Faiq rancangkan dalam kepalanya. Kot ya dia suka aku kenapa tak ada sekali pun dia cakap?
Aku jeling pada wajahnya Faiq. Sebenarnya sedari tadi aku perasan mata Faiq asyik terarah padaku. Bila bertentang mata dia cuma tersenyum. Lepas senyum dia buat kerja dia semula. Macam tu la daripada tadi. Aku pakai baju terbalik ke? Ada taik mata ke selepet kat mata aku ni? Aku meraba mataku dan wajahku perlahan. Eh Tiada. Suci murni apa. Ayu macam biasa. Baju pun ok. Tapi kenapa dia main aci pandang macam tu. Pasti ada sesuatu. Jantungku berdegup kencang. Aku panik. Jangan-jangan dia nak aku layan dia lebih dari biasa. Eh tak naklah. Aku menarik selimut rapat ke bahu. Biar sikit pun susuk tubuhku tidak nampak pada pandangan matanya. Kemudian buat-buat mengantuk. Biar dia tahu aku dah nak tidur.
“Sayang. ”
Alamak. Dia datanglah. Aku pasti dia sudahpun melabuhkan punggung dibirai katil.
“Sayang. Abang nak keluar kejap.” La. Dia nak keluar lah. Bukan nak buat apa-apa pada aku. Kejam betul perasaan aku ni padanya. Asyik berfikiran buruk saja pada Faiq.
“Nak pergi mana?”
“Makan. Laparlah. Nak pergi kedai mamak dekat tu saja.” Aku memerhati Faiq yang sedang bersiap-siap. Dia sedang menukar kain pelikatnya dengan jeans. Tiba-tiba aku pula yang jadi stalker tak bertauliah. Cepat aku berkalih pandang. Dia nak pergi makan dengan siapa waktu-waktu macam ni.
“Nak ikut?” Tanya Faiq. Lembut macam selalu.
“Awak sorang ke dengan kawan?” Aku melihat jam di dinding yang sudah ke pukul 1 pagi. Lapar sampai nak ke kedai mamak? Macam tak logik. Selama ni tak penah pula aku tengok dia macam ni. Mesti nak jumpa sesiapa agaknya. Aku yakin sangat ni.
“Kalau takut abang nak pergi jumpa ‘cikaro’ meh ikut abang.” Faiq tersengih. Macam-macam tau saja apa aku fikirkan. Bahaya lah dia ni.
“Saya mengantuk. Awak pergilah.” Aku memusingkan tubuh. Terus pejam mata.
“Ok. Pia tidurlah. Jangan tunggu abang.” Aku mencemik. Entah siapa yang nak tunggu dia. Pigi rah weh!
Bila Faiq keluar lansung hilang mengantuk. Asyik renung jam dan kira waktu. Kalau kedai mamak kat depan tu takkan ambil masa begitu lama. Dah hampir 2 jam dia melepak kat sana. Makan apa sampai 2 jam? Nak call atau tak payah? Gelisah. Menyampah dengan diri sendiri. Apa hal yang aku kisut sangat kalau dia tak balik-balik sekali pun? Alih-alih aku bangun dan menuju ke bilik air. Ambil wuduk biar prasangka buruk ini berlalu. Mana tahu lepas ni boleh tidur lena.
“Eh. Tak tidur lagi ke?” Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku dapat melihat wajah hairan Faiq. Nasib baik juga aku tidak menjerit. Mahunya tidak tiba-tiba susuk wajahnya menjelma di pintu. Bila masa pula dia balik ni.
“Err. Dah tidur. Terjaga nak pergi toilet. Lambat awak balik? Makan ke dating?” Aku tanya pada Faiq. Dia senyum jer.
“Sayang cemburu ya? Abang jumpa kawan. Borak punya pasal lansung tak ingat dunia.”
“Tolong sikit ya. Tak main lah cemburu-cemburu ni!” Aku nafikan sekeras-kerasnya. Faiq ketawa besar dan menggelengkan kepalanya berapa kali sebelum menghilang ke bilik air. Amboi sampai tak ingat dunia. Kawan lelaki ke perempuan? Nak saja aku utarakan soalan tersebut padanya. Aku menguap tiba-tiba. Hah. Baru nak mengantuk? Syaitan yang sibuk menghasut tadi dah pergi kot selepas aku ambil wuduk.
“Tidurlah. Mesti Pia mengantuk sebab tunggu abang kan? Sorry sayang.”
“Jangan nak perasan. Bila masa saya tunggu awak?”
“Abang taulah. Dah. Jom tidur.” Aku menolak tangannya yang cuba memelukku. Eh. Apa kena dengan dia ni. Nak main peluk-peluk pula. Dia kan tidur kat sofa tu. Kenapa nak tidur sebelah aku pula..Tapi dia berkeras masih menarik tanganku supaya tidak menjauh. Aku pun berkeras juga. Tarik menarik akhirnya aku tersiku dadanya. Kuat. Dia mengaduh.
“Sorry..sorry..saya tak sengajalah.” Pucat wajahku melihat dia berkerut wajah dan mengusap dadanya yang sakit. Ah. Tapi padan dengan muka dia. Siapa suruh gatal sangat. Nak main peluk-peluk pula.
“Aduh. Asyik kena ong bak dengan Pia saja ni.”
“Saya tak sengaja. Lagipun yang awak gatal sangat tu kenapa? Padan muka. Lagi sekali awak buat macam tu saya tak segan-segan nak sepak awak. Awak kan tidur kat situ.” Aku menudingkan jari ke arah sofa di tengah bilik.
“Abang sejuklah sayang. Nak peluk Pialah.” Aku telan liur. Pandangan matanya yang redup tu buat aku serba tak kena. Gugup.
“Awak buat lagi saya tidur kat bawah tu. Awak jangan cabar saya. Ni . Ambil bantal peluk ni. Peluk sampai pagi.” Aku campakkan bantal golek kepadanya. Betul-betul kena kena ke muka.
“Ish. Garangnya. Boleh abang tahu mana Pia nak sepak?” Dia tersengih-sengih. Tu petanda dia tak ambil serius dengan amaran aku. Tak boleh jadi ni. Mana aku nak sepak? Aku memandang wajahnya seluruh wajahnya dan tubuh sasanya. Kemudian senyum sinis. Oh. Mana aku nak sepak yer?
“Tu kat situ.” Aku memuncungkan bibir.
“Janganlah. Nanti kita tak dapat anak baru padan muka Pia. Baru nak menyesal.” Dia melontarkan tawa. Ah. Malas nak layan!
****
“Irene Sofia Bt Adnan. Enough. I say enough!”
Aku terkejut. Pertama kali Faiq meninggikan suaranya padaku. Selama ini biar semarah mana dan apa saja yang aku lakukan dia begitu tenang dan hanya dibalas dengan ketawanya sahaja. Apa pun yang aku katakan dia tidak pernah marah. Tidak pernah meninggikan suara. Paling tidak pun dia tidak menegur dan bergurau dengan ku beberapa hari.
“Dah berapa kali saya cakap. Mama dah tua. Boleh tak awak ikut cakap dia? Kenapa degil sangat?” Suaranya meninggi. Tajam matanya memandang aku.
“Mama awak yang melampau sangat. Saya dah tak tahan lagi macam ni. Tak ada ruang pun untuk saya nak rehat masa awak tiada. Saya bukan orang gaji tau tak? Kalau awak ada bukan main lagi pura-pura depan awak macam saya ni menantu kesayangan dia!” Tukas aku geram. Tak takut dengan jerkahan dia. Sabar aku pun ada hadnya. Bukan dia saja yang boleh marah-marah.
“Awak ingat saya tak tau ke semua ni? Bukan pada awak. Semua menantu dia pun dia buat macam ni. Boleh kalau awak sabar sikit saja lagi?”
‘Saya tak boleh! Saya tak ingin jadi menantu dalam keluarga ni! Saya tak ingin pun jadi isteri pada lelaki macam awak. Kenapa saya nak pura-pura? Saya dapat apa?”
“Irene Sofia. Sudah! saya tak nak dengar semua ni lagi. Suka hati awak apa yang awak nak buat selepas ni. Saya takkan suruh awak pura-pura berlakon dengan saya lagi. Suka hati awaklah nak layan mama saya macamana. Betul kata awak tu. Biar semua orang tahu tentang hubungan kita ni sebenarnya. Lagi mudah untuk kita berpisah!”
Pintu dihempas kuat oleh Faiq. Bagai mahu pecah jantung ku bila mendengar bunyi pintu yang berdentum. Aku menarik nafas. Merebahkan tubuh ke tilam. Pertama kali melihat kemarahan Faiq yang meluak aku sebenarnya sangat takut. Takut di apa-apakan oleh Faiq. Sempat juga membayangkan telapak tangan Faiq akan melekat dipipiku lantaran mulutku yang celupar. Mungkin juga dia akan memukul ku? Lega kerana perkara seperti itu tidak terjadi. Tidak lama aku dengar suara riuh rendah di luar rumah. Aku buka pintu. Aku tengok Faiq dan Tuti kelam kabut berlari ke dalam bilik tidur mama dan papa.
“Kenapa Tuti?”
“Ibu lagi pengsan.” Aku terkedu. Mama pengsan?
“Awak tak payah ikut. Biar saya yang hantar mama pergi hospital.” Langkah ku terhenti. Faiq benar-benar mengotakan kata-katanya tadi. aku tunduk merenung lantai. Sikit demi sedikit perasaan bersalah aku datang. Aku cuma memandang kosong Faiq memimpin mama yang lemah di kereta sambil dibantu Tuti. Abah pula telah berkejar ke kereta dari tadi lagi. Kenapa tak panggil Dr. Aina saja? Adakah Dr. Aina tiada? Tidak lama kemudian keretanya telah keluar dari laman rumah banglo ini.
“Teruk ke sakit Datin tu Tuti?”
“Ya bu. Nampaknya dia tak main-main tadi. Bukan pura-pura yang macam kita lihat selalu.” Aku mengeluh. Macam-macam hal pulak yang jadi. Atau mama terkejut sebab dengar pintu yang berdentum dihempas Faiq? Ada lemah jantung ke mama tu? Ish. Kusutnya kepala aku. Salah aku ke? Hati mula tidak senang. Wajah Faiq yang tegang tadi terbayang-bayang di ruang mata. Apa yang aku dah buat?
“Saya nak ikut tengok mama boleh?”
“Tak payahlah..nanti menyusahkan awak. Awak rehat saja kat rumah. Sekarang ni rumah ni tiada orang. Awak boleh rehat puas-puas. Tiada siapa yang kacau awak dan susahkan awak.”
Faiq telah bersiap-siap untuk ke hospital. Aku terdiam dengan jawapannya. Benar-benar rasa terpukul dengan sindirannya kali ini. Sudahnya aku hanya mendiamkan diri dan cuma memandang kosong ke arah Faiq yang sedang bersiap di hadapan cermin. Tanpa sebarang kata Faiq keluar dari bilik. Andainya aku tidak memulakan semalam. Tak mengapa. Tengahari nanti aku akan ambil masa menjenguk mama...
Aduh. Mana pula wadnya? Aku lansung tidak tahu apa-apa. Dimana wad ibu mertuaku itu? Jangankan nombor bilik atau nombor katil, tingkat mana pun aku tak tau. Pada siapa harus ku tanyakan? Akhirnya aku mundar mandir di hadapan hospital ini. Melihat orang yang keluar masuk dari hospital. Menyesal kerana datang begitu saja tanpa mengetahui apa-apa. Bodoh betul!
“Sofia...” Aku terkejut. Siapa yang memanggil namaku disini? Aku memandang sekeliling. Mataku terpaku pada Kak Aina dan abang Fazrul yang baru melangkah masuk dari pintu utama. Aku tersenyum kosong.
“Buat apa kat sini? Kenapa tak naik terus?” Aku mendapatkan mereka menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Tunggu Faiq.” Maaflah Faiq. Terpaksa jual nama awak lagi.
“Tak payah tunggu dia. Jom kita naik sekali lah.” Kak Aina menarik tanganku. Oh. Mujurnya aku terserempak dengan mereka di bawah ini. Kalau tidak sampai sudah aku tidak akan berjumpa wad ibu mertuaku. Sengaja aku datang awal kerana tidak mahu terserempak dengan Faiq. Ermm. Marah benar lelaki itu padaku. Perasaan bersalah yang sebesar kuman sudah berkembang menjadi sebesar gajah.
“La. Faiq dah sampai pun ni Sofia. Kasihan Sofia tunggu sorang-sorang kat luar. Tak patut betul.” Aku terkejut melihat Faiq sedang duduk di sebelah mamanya menyuap bubur barangkali. Langkahku terhenti seketika. Sekira tiada abang Fazrul dan kak Aina di situ pasti aku telah memusingkan tubuh dan beredar pergi. Aku menelan liur yang terasa kesat di kerongkong. Bimbang seandai mama memuntahkan kemarahan kepadaku waktu ini. Ok. Tarik nafas panjang-panjang Sofia. Jangan panik. Jangan bimbang. Rileks. Kalau kena ‘bambu’ pun kau peduli apa? Bukan kau nak jadi menantu dia buat selamanya. Senyum. Senyum semanis mampu.
“Mama apa khabar?”
“Rasa macam sihat sikit. Datang pun..Faiq cakap Sofia sibuk sangat sampai tak sempat datang jenguk mama.” Aku tersenyum kelat. Tidak mahu bertentang mata dan berdekatan dengan Faiq. Kalau boleh aku mahu pergi sejauh mungkin. Tak sanggup menatap wajah seriusnya. Dada pun rasa mahu meletup melayan denyut jantung yang pantas ni.
“Mama makan apa tu?” Kak Aina meletakkan buah tangan yang di bawanya diatas meja. Aku lansung tidak membawa apa-apa. Berjalan melenggang sahaja. Teruk benar. Memang patut mama selalu membebel padaku.
“Bubur. Tak sedap lansung. Teringin nak makan bubur yang Sofia masak hari tu. Dah suruh si Faiq ni pesan pada Sofia. Entah cakap ke tidak.” Mama menarik muncung. Aku benar-benar terkilan dengan sikap Faiq. Sedih. Nampaknya dia betul mahu menjarakkan hubungan ini. Dia tak bersalah. Aku yang meminta dia melakukannya. Kalau betul mama sakit aku akan seikhlas hati masakkan untuk mama.
“Bubur tetap rasa bubur lah mama. Sama saja kalau Tuti ke Sofia yang masak.” Selamba Faiq meletakkan mangkuk bubur di atas almari kecil di tepinya. Dia mengambil pula tisu dan mengelap sedikit mulut mama yang kotor.
“Adalah lainnya tu Faiq. Mana ada rasa sama.” Kak Aina menyampuk. Aku hanya senyum kosong. Tidak tahu apa yang harus ku katakan lagi. Hatiku benar-benar kecewa. Benar-benar sedih. Segalanya bercampur rasa. Tengoklah tu. Dia lansung tak pedulikan aku. Macam tunggul kayu aku kat sini. Macam tak wujud di hadapannya. Mungkin tidak mahu melihat aku disini. Tidak suka aku berada disamping ibunya.
“Abah mana?”
“Solat agaknya. Saya nak makan dulu ya mama.” Faiq kucup pipi mam dan kemudian terus berlalu. Lansung tak peduli pada aku yang tercongok di tepinya. Aku tarik nafas. Baru rasa kecil di depan mereka semua. Rasa mahu menangis juga ada. Dia tinggalkan aku macam tu jer? Aku beria-ia datang sini tau. Tidak lama Kak Aina dan abang Fazrul juga minta diri. Dapat hidu masalah aku dengan Faiq. Mereka tinggalkan aku dengan mama di situ.
“Sofia dengan Faiq ada masalah ke?” Aku terkejut mendengar pertanyaan mama. Adakah dia telah menghidu sesuatu dalam perhubungan pura-pura kami ini? Sudah pasti. Dadaku terasa berdebar. Tidak tahu apa yang harus ku katakan padanya.
“Besar kecil masalah. Kenalah selesaikan sama-sama. Jangan masing-masing keras kepala. Ikut hati. Mama tak senang tengok Faiq dengan Sofia bermasam muka lama-lama macam ni. Tak elok.” Aku kaget mendengar nasihat yang baru disampaikan oleh mama. Tidak terduga akan mendengarnya dari mulut wanita yang ku anggap menyusahkan dan menderaku sepanjang berada di rumahnya. Mama..oh mama..apa pun yang mama cakap memang betul tapi hubungan saya dengan anak mama takkan jadi baik sebab kami tak pernah bercinta tak pernah berkasih sayang pun.
“Bergaduh sebab mama?” Mama menyoal lembut. Aku renung lantai.
“Mama minta maaf Sofia. Memang mama kecewa. Memang mama marah sebab Faiq dan Sofia kahwin macam ni. Memang dia memalukan mama. Mama tak duga anak mama yang begitu patuh pada mama akan buat perkara macam tu. Tapi bila mama fikirkan memang salah mama juga. Setiap kali dia kenalkan kekasih dia mama reject. Agaknya dia dah tawar hati nak pujuk mama. Tapi mama tak pernah benci pada Sofia. Mama cuma nak yang terbaik untuk anak mama. Mama juga berhak untuk berprasangka kalau begitu caranya Sofia dan Faiq berkahwin.” Ujar mama panjang lebar. Makin buat aku rasa bersalah. Malu pada diri sendiri kerana sering merungut tentang mama pada Faiq. Aku gigit bibir. Sebak.
“Bila dah kenal Sofia, mama tahu Sofia memang terbaik untuk Faiq. Mama tahu anak mama tak salah buat pilihan. Apa pun jadi lepas ni, janganlah diikut hati tu.” Aku tersenyum sumbing. Ah. Mama. Dia memang tak seperti yang aku sangkakan. Betul kata Faiq. Mamanya baik. Cuma aku yang selalu salah sangka. Baru menyesal tak sudah aku dibuatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...