Followers

Aku Gilakan Kau 8



BAB 8

HAI. Sorang jer ke?”
            Aku pandang kiri kanan aku dan pandang balik muka dia. Buat-buat tanya pula. Dia ada nampak orang lain di sebelah aku kah? Eh. Mana tahu dia nampak sesuatu yang aku tak nampak? Malam-malam macam ni siapa yang tahu kan? Seriau pulak aku rasa. Maklumlah duduk di tepi pantai ni. Kot ada putera laut datang jenguk aku kat sini. Aku kan cun? Ada yang berkenan kot?
“Sorang kot. Atau awak ada makhluk lain kat sebelah saya?” Jawabku sambil pandang kiri kanan. Tak silap aku nama dia ni Izwan. Staff dari department mana ek. Aku lupa sungguh. Mungkin juga dari HQ. Yang buat aku ingat tu sebab aku perasan atau ‘perasantan’ dia asyik tengok aku siang tadi. Sampai Nadya pun perasan yang Izwan asyik renung aku. So aku terpaksalah usha juga nama dia pada staff lain.
 “Adalah sekor dua nyamuk saya nampak.” Aku tersengih. Boleh tahan melawak dia ni. Oklah tu. Cepat sikit aku boleh kamceng. Ceh. Ada hati nak kamceng dengan budak ni. Kemain gedik.
“Adrianna kan?”
Aku anggukkan kepala. Wah. Dia ingat nama aku. Kira glamer jugalah aku ek. Perasan artis lagi. Padahal glamer sebab asyik bernasib malang sahaja kat Cherating ni. Semua orang pun tahu. Memang gagal besar.
“Saya Izwan.”
Saya tahu.
“Hai Izwan. Nice to meet you.”
Dia ketawa pulak. Aku bajetlah dia ni mesti muda dari aku. Mungkin budak praktikal ni. Dari cara dia berpakaian dan stylenya memang aku boleh baca.
“Selalu nampak dengan bos jer. Takut nak tegur.” Katanya lagi.
“Alah. Biasalah. PA tak bergaji. Awak ni dari department mana ek? Atau dari HQ?”
“Saya dari HQ. Practical student jer. Baru masuk.”
Aku anggukkan kepala. Kalau dari sana maksudnya dia ni mesti bakal Engineer? Arkitek atau apa? Ah. Mana-manalah. Malas nak tanya lebih-lebih.
“Kiranya muda dari sayalah ni.” Ah.Terasa tua. Baru nak menggedik.
“Eh. Tak tua sangat kot. Saya 23 tahun dah.” Balasnya dan tersenyum lagi. Pemurah dengan senyuman dia ni. Dari tadi tak lekang dengan senyum dia. Mujurlah cantik. Kalau tidak mau muntah hijau aku kat sini kang.
“Pangkat adiklah tu.”
Aku tergelak lagi. Sendiri buat lawak sendiri gelak. Izwan tayang muka selamba. Eh. Perlu aku kisah?
“Cik Adrianna..”
“Panggil jer Rene tak pun panggil Kak Rene. Sedap sikit dengar. Tapi terasa tua pulak.”
“Tak nampak tua pun. Kenapa lepak sorang-sorang ni?”
“Oh. Saja jer. Ambil angin sambil tunggu bos.”
Dia anggukkan kepala. Aku tengok muka dia yang keluh kesah. Dia ni macam ada benda nak cakap. Tapi tak cakap juga. Sama macam Danial. Apa sangat yang susahnya? Aku ni bukannya makan orang. Apa yang takut sangat?
“Tak apalah Kak Rene. Saya pergi dululah. Hati-hati ya.”
Aku anggukkan kepala. Aku pandang langkah dia yang makin menjauh. Pelik betul. Takkan dia suka aku kot? Mintak simpang. Ingat ini cerita hindustan ke? Tapi tengok muka dia macam ada iras sesesorang yang aku kenal jer. Sekali imbas macam muka abah! Yes..macam muka abah. Ah. Bunyi macam mengarut sangat. Tiba-tiba teringatkan abah yang tak ada khabar berita tu. Yang dah lupa lansung pada anak perempuan dia yang sorang ni.
“Rene.”
Aku terkejut. Toleh ke kiri. Danial dah terpacak sambil renung aku. Bila masa pulak Danial ada di tepiku?
“Termenung pulak. Jomlah.”
Aku menepuk-nepuk punggung kerana seluarku telah terlekat dengan pasir-pasir halus. Tiba-tiba aku rasakan telapak tangan Danial makin rapat dengan mukaku. Dia nia buat apa pulak?
“Apa ni?’ Aku tepis tangannya.
“Saya nak tampar nyamuk jer.” Jawabnya dan dia ketawa lepas. Aku menggosok pipiku tiba-tiba. Seriau pulak. Kot ya pun beritahulah dulu. Kan kepala otak aku dah fikir ke lain. Bukan boleh percaya dengan kepala ting tong aku ni.
“Apa salahnya. Sekali sekala sedekah kat nyamuk.”
Ah. Tiba-tiba terasa gatal pula pipi ni. Mesti nyamuk tadi punya kerja. Kurang asam betul sebab buat aku tergaru-garu macam ni.
“Kan dah gatal. Merah pipi tu nanti.”
“Awak punya pasal. Lambat sangat. Awak mandi apa lama sangat?”
Memang lama pun aku tunggu dia bersiap kat luar ni. Bila dia cakap nak mandi, aku bajet dalam 10 minit paling lama aku terpaksa tunggu dia. Ni dah dekat 20 minit. Kalau aku tahu begini punya lama, aku tak tunggu dia kat luar ni. Baik join dorang semua kat restoren tadi. Nasib baik semua dah siap order. Entah-entah mereka pun dah habis makan.
“Mandi apa? Berapa banyak mandi yang ada?” Soalnya balik padaku. Aku pulak yang naik pelik dengan pertanyaanya. Nak saja aku jawab begini. Mandi sunat ada mandi yang wajib pun ada. Tapi kalau aku terangkan mungkin dia tidak mengerti dan makin jadi berbelit-belit. Cuba dia tanya apa maksud mandi wajib? Tidak ke terkial-kial aku nak terangkan. Lepas tu cuba dia tanya pulak perkara-perkara yang menyebakan mandi wajib tu? Mampuslah aku nak terangkan satu-satu padanya. Mahu gagap aku terangkan siap dengan kulit wajah jadi kelabu. Cuma aku sedikit musykil bila melihat senyum di hujung bibirnya yang cuba disembunyikan.
“Entahlah Danial. Awak buat apa lama sangat? Kalah anak dara mandi. Bukan boleh jadi handsome pun kalau awak mandi berjam-jam.” Tuturku bersahaja. Terus melencong jauh daripada topik. Seronok juga sekali sekala kenakan dia balik. Asyik dia saja yang kenakan aku.
Excuse me? Dah! Stop membebel. Tolong jalan cepat sikit. Lama dia orang tunggu tu.”
Aku terkejar-kejar langkahnya yang panjang. Ish..Dia ni tak tunggu aku lansung. Dahlah aku buang masa tunggu dia tadi. Disebabkan bengang padanya aku mengambil tempat di sebelah Hariz. Ah. Tempat tu kosong pun. Aku bajet memang Nadya reserves untuk aku. Hehehe. Perasan bos pulak kali ni.
Woit. Apahal duduk sebelah aku ni. Mati tak makan aku kang kena jeling dengan bos. Mesti dia duduk dekat kau punya.” Hariz mencuit bahu aku. Perlahan betul suara dia. Takut Danial dengar. Ataupun dia tak mahu  pelayan restoren sedang susun makanan di atas meja mendengarnya.
“Ish kau ni Hariz. Aku bukan makwe dialah. Suka hatilah aku nak duduk mana melainkan kau nak duduk dengan orang lain.”
“Eh. Mana ada. Tak de pun.”
Aku tersenyum puas mendengar jawapannya. Aku perasankan Izwan di hadapanku. Waktu kami bertentang mata dia tersenyum lembut. Bulat mataku melihat Danial  menarik kerusi di sebelah Izwan. Danial duduk sebelah Izwan? Ekeleh. Sibuk nak mengendeng dengan aku juga. Pergilah join group kat meja lain nun. Join dengan manager lain tak boleh ke? Sibuk! Aku pandang lagi wajah Izwan di hadapanku. Kenapa mata aku ni asyik nak renung dia ni? Nadya di sebelah ku segera menepuk peha. Ish. Dia ni tak bagi aku peluang nak tengok betul-betul wajah Izwan.
“Apasal kau lambat ni?” Soalnya juga perlahan.
“Aku tunggu bos  kaulah. Mandi apa lama sangat entah.” Rungutku. Nadya menyimpan tawa. Berani dia nak ketawa depan Danial? Aku jer yang berani tau.
“Pipi kau merah ni kenapa?” Nadya menuding jarinya ke pipi mulus aku. Merah sangat ke? Kuat sangat ke garu tadi? Aku meraba pipi. Alahai. Dah berbiji pun. Gatal punya nyamuk. Mesti nyamuk jantan.Suka-suka hati mencabul pipi aku yang mulus ni.
“Oh. Ni ke? Ni kena cium.”
Hariz yang sedang menyedut air terbatuk-batuk. Aku menoleh ke arahnya. La. Kenapa muka tu semacam sangat. Macam dengar berita berlaku gempa bumi kat Malaysia jer gayanya.
“Kena cium?”
Aku tersentak. Kuatnya suara Hariz ni. Tiba-tiba rasa menyesal pula duduk di sebelahnya. Semua mata tertumpu pada aku sekarang. Tiba-tiba saja suasana restoren ni jadi senyap sunyi. Terus aku jadi kaku kat tepi Hariz tapi sekejap saja. Tangan aku  cepat sungguh sampai kat perut Hariz. Ambil ni. Aku pulas sekuat hati. Buat twist sampai dia menjerit. Ah! Anak siapa ke atau laki siapa pun aku tak peduli. Siapa suruh menjerit macam tu tadi?
“Weh. Sakitlah. Sorry. Terover sikit.” Dia mengaduh. Gosok perut dia sambil jeling aku. Puas hati aku. Nadya dok mengekek gelak. Aku garu lagi pipi ni.  Alamak gatal betul ni. Ikut hati mahu saja aku tenyeh dengan garpu di tepi pinggan ni.
“Ish kau ni Rene. Cakaplah kena cium dengan nyamuk. Dah berbiji pipi kau ni. Merah. Buat suspens jer.” Nadya mengurut dadanya. Memang mereka berdua suka sangat fikit bukan-bukan tentang aku dan Danial. Fikirlah logik sikit. Ada ke orang kissing sampai merah pipi macam ni? Tu bukan kissing kot namanya. Tu kena lesing.
“Korang punya kepala tu yang advance sangat. Tak pasal-pasal aku malu hari ni.” Tuturku geram.
“Mana tahu kot kena cium dengan bos. Since kau tunggu dia lama sampai dia siap mandi. Aku imagine kau dengan dia mandi sama-sama saja.”
Hah? Hariz ni memang nak kena maki dengan aku ni. Sampai ke situ dia boleh fikir.
“Woi. Cakap elok-elok sikit ek. Kang tak pasal-pasal pinggan ni masuk dalam mulut kau tahu tak.” Suaraku sudah mencapai high pitch. Hariz tersengih-sengih. Danial mengangkat keningnya padaku. Mesti dia hairan tiba-tiba aku menjerit begini. Tadi bukan main perlahan aku dan Hariz berborak. Sekali lagi suasana jadi sunyi sepi. Hisy. Jatuh saham aku.
Sorrylah. Aku gurau jer. Tengok bos tu. Rileks jer. Tak de dia melatah pun macam kau ni. Cool beb.”
 Memanglah dia tak melatah sebab dia tak dengar apa kau cakap. Bengong. Aku jelirkan lidah pada Hariz. Dah kutuk aku macam-macam nak suruh aku cool down pulak. Ish tak sedap hati. Mesti ada mulut yang sibuk nak buat gossip murahan ni. Aku jeling lagi wajah Danial yang tak bereaksi. Pandangan mata aku jatuh pula pada Izwan. Sekali lagi dia senyum. Hai. Kena sawan senyum agaknya budak ni. Tak habis-habis dengan senyum dia. Terpaksa juga aku balas senyum dia tu.
“Makanlah weh. Aku dah lapar tunggu kau dengan bos dari tadi.”
Aku tarik pinggan nasi ke depanku. Tomyam? Sup? Ikan kerapu masak 3 rasa? Semua pedas-pedas ni. Aku nak makan apa? Aku mengeluh. Susah jadi Adrianna ni. Banyak sangat yang tak boleh makan. Makan pedas jer sakit perut. Manja betul perut aku ni. Mengada-ngada. Takkaan aku nak makan sup daging ni jer? Cuba order kerang bakar ke udang bakar ke. Selera sikit aku makan. Duduk tepi laut apa salahnya sekali sekala makan bakar-bakar.  
“Aku lupa pulak kawan aku ni tak makan pedas. Ni special untuk kau. Kerapu stim halia. Tak pedas.” Nadya menarik pinggan yang ditolak oleh Danial. Ni yang tak jadi nak marah dengan Danial. Selalu prihatin pada kekurangan aku ni. Memang patutlah orang nak bergosip pun. Meleret senyum Hariz pada aku. Kali ini aku diamkan sahaja. Bawa bersabar ya Adrianna. Depan rezeki tak elok buat perangai.
“Makanlah Rene. Aku tak sanggup nak suap kalau tak makan. Macam makan depan menteri pula.” Nadya berbisik pada aku. Aku tersenyum. Tahan ketawa. Takut sangat dengan Danial. Mataku jatuh pada Izwan. Dia makan nasi kosong saja ke?
“Izwan. Awak tak nak makan ke? Ke tak boleh makan pedas macam akak juga?” Soalku hairan.
Dia tersenyum dan menganggukkan kepala. Hai. Sama spesis macam aku rupanya dia ni. Patutlah dok menghirup sup saja. Aku ni mak cakap mengikut abah aku yang tak boleh nak makan pedas. Izwan ni pun sama agaknya. Kalau bukan abah dia mesti mak dia..kalau tak pun mesti tok nenek dia.
“Wan share dengan akak. Tak payah nak malu sangatlah. Nanti lapar.” Pelawaku pada Izwan. Ceh. Sedap-sedap aku nak panggil dia Wan. Amboi Adrianna.
“Makanlah Wan. Kau ingat senang nak makan sekali dengan bos satu meja?” Hariz menyampuk.  Aku jeling Hariz. Ish dia ni kalau tak cakap bukan-bukan tak sah. Mesti nak bergurau dan nak menyakat. Serba salah si Izwan ni nak makan. Aku pun tak makan-makan lagi ni. Mana tangan satu lagi nak menggaru gatal kat pipi mana nak layan mulut si Hariz ni.
“Ok. Korang diam sebelum aku naik angin. Aku nak makan ni. Lapar. Please. Boleh tak lepas habis aku makan korang sambung balik? Aku redha jer.”
Tiba- tiba aku rasa nak naik angin. Betul-betul angin aku naik. Tapi syukurlah dorang dah kunci mulut memasing. Kan bagus macam ni. Aman jer dunia. Nak makan pun senang. Tapi tak sampai separuh nasi dalam pinggan habis aku dah rasa kenyang. Entah kenapa bila melihat wajah Izwan aku asyik teringatkan abah. Terus hilang selera makan aku.

p/s : sorry lama gile tak updates apa2...hahahah...macam hape punye pangai...layan bab 8 ini dulu... ok?? TQ

3 comments:

  1. First time baca story ni... Ok...interesting dan borak santai...Nak entry lagi....

    ReplyDelete
  2. Wan tu adik rene lah kot... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana tinggalkan jejak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...