Followers

Aku Gilakan Kau (Bab 5)

BAB 5

“Hai..kenapa muka tu berkerut semacam?” Aku menjeling kosong pada Danial yang bertenggek di mejaku. Tahulah dia tak banyak kerja. Cuba jangan ganggu tumpuan aku. Mesti nak ajak menyembanglah tu.

“Sibuklah dia ni. Saya nak siapkan kerja saya ni Danial. Nanti bos saya marah.”

“Kerja yang mana pula? Bukan saya dah suruh Nadya bagi memo? Semua kerja-kerja untuk semua projek, lepas balik dari Cherating baru siapkan?” Aku pandang wajahnya. Dia merapati aku dengan hairan. Menjenguk ke skrin lap topku. Tiba-tiba aku rasakan kepalaku di tolak oleh jarinya. Ish...suka sangat buat macam ni. Mahu teleng leher aku ni kalau asyik kena tunjal dengan dia.

“Ni mesti tak check email kan? Selalu kelam kabut dia ni.” Danial menggelengkan kepalanya banyak kali. Aku pulak? Tersenyum simpul sajalah. Fail yang terbentang luas diatas meja tadi cepat aku tutup. Hah..leganya.Kenapalah aku selalu macam ni? Kelam kabut dan kalut. Atau panik bak kata Danial. Eh, bukan panik..Dia suka sangat panggil aku blurr. Minah Blurr. Kemudian aku akan ketawa terbahak-bahak. Aneh bila perkataan tersebut di sebut oleh Danial.

“Bukan..bos saya tu garang sangat. Tak pasal-pasal kena lagi.” Aku masih ingat perkara tersebut Nak kata serik tu tak juga. Dia marah-marah sebab aku terlupa nak bagi bajet pada dia hari tu. Dia pulak ada meeting dengan daddynya yang perangai lebih kurang sama dengan dia di pejabat. Tapi tak lama pun. Berani dia nak marah aku lama-lama? Hahaha. Gila perasan aku ni.

“Sorry? Siapa yang garang?” Aku tudingkan jari telunjukku padanya. Dia mengecilkan matanya. Eleh. Tak nak mengaku pulak.

“Nak apa ni Danial? Nak ajak saya makan ek? Nak belanja saya makan apa hari ni?”

“Siapa yang nak belanja awak makan?”

I don’t care. Awak kena belanja saya makan juga.” Aku mengambil handbag dari drawer kemudian menyarungkan high heels ku. Kemudian aku tarik lengannya. Sebelum ni tak pernah lagi aku dengar dia cakap tidak. Dia nampak redha saja aku heret dia ke mana. Entah..redha atau pasrah agaknya ek?

“Dah pakai high heels pun awak tetap pendek.” Langkah ku terhenti mendengar sindirannya. Apa pula pendek? Sorry ok. Aku takde lah pendek mana. 165cm tu dah kira tinggi tau tak. Dia tu hah yang terlebih tinggi. Terlebih kalsium gamaknya. Dah pakai heels pun aku cuma separas bahunya saja. Kalau aku pakai sandal biasa..ermm..tau-tau jerlah. Memang betul-betul kat ketiak dia.

“Awak tu yang terlebih tinggi. Nak cakap orang pendek pulak. Menyampah betul.” Dia ketawa lepas. Seronok sangat dapat mengata aku pendek.

“Jomlah...saya nak bawa awak makan tempat special hari ni.” Melihat muka aku yang sudah kelat dia menolak aku melangkah. Tabiat betul dia ni. Kalau tarik tangan aku ke tak apa juga. Ni mesti dia tolak bahu aku begini. Tak pun tolak kepala aku. Menyampah betul!

Selepas makan aku meminta masa seketika untuk ke Farmasi Guardian. Dah lama aku nak cari syampoo. Syampoo yang aku gunakan hanya di jual di Farmasi. Rambut aku ni jenis sensitif tak bertempat. Terpaksa pakai syampoo khas.

“Hai darling.” Sedang ralit membelek barangan di rak aku di sapa Sonia. Aku tersenyum padanya. Sonia merupakan satu-satunya adik perempuan Danial. Dia memeluk tubuhku dan melagakan pipinya. Oh please. Aku cukup tak berkenan dengan style gedik begini. Tapi aku ikutkan sajalah. Nak jaga airmuka dia. Tak sangka pula boleh terserempak dengan dia dalam guardian farmasi ni. Dah agak lama kami tak bertemu muka.

“Lama tak jumpa tau. How are you?” Soalnya gembira. Gembira sangat dapat jumpa aku ke?

Fine. How about you? Makin cantik jer.” Sonia ketawa kecil. Dia memang cantik. Tak boleh di nafikan. Sekali tengok macam aktress Bollywood saja. Bertuah betul orang yang lahir dalam keluarga campur ni. Ada fizikal dan rupa yang menarik. Termasuklah abang dia tu. Tinggi-tinggi belaka.

“Thanks..you pun. So pretty. You tak nak buat modeling?” Aku bulatkan mata mendengar pertanyaan Sonia. Termasuk yang ini dah berapa kali dia tanyakan pada aku. Seraya tawaku lepas disitu. Aku? Modeling? Tak kena lansung.

Why are you laugh?” Soal Sonia hairan.

“Tak sesuai lah. Abang you selalu cakap i pendek tau.”

“Danial tu memang. Dia bukan suka i jadi model pun. Banyak bunyi. Well you datang dengan dia ya?” Sonia senyum semacam. Dia ni pun sama. Suka sangat sakat aku dengan Danial. Selalu sangat mengusik aku dan abangnya.

“Yes.”

“Sonia...” Kami tertoleh pada pada Danial yang makin mendekat. Ayat Sonia tadi mati disitu. Aku pun kurang jelas ayatnya tadi. Aku rasa seperti dia mahu berkata sesuatu sebelum terganggu dengan panggilan Danial.

“Hai bro. Lama tak tengok you. Bila nak balik ni? Mummy sibuk tanya.” Oh. Danial dah tak tinggal sekali dengan keluarganya? Kenapa aku tak tahu. Kata bestfreind? Adrianna.. Adrianna. Betul lah kau ni tak boleh di buat kawan. Tak ambil berat lansung. Patutlah dia suka sangat bila aku offer dia makan kat rumah.

“Nantilah ada masa. Send my regards to her. Ni borak apa ni?” Pandangan Danial beralih pada aku pulak. Dia tanya aku atau adiknya yang hot ni?

Nothing. Nak offer Rene jadi model.” Sonia menjeling aku. Nak kenakan abang dia dan sengaja nak tengok muka Danial yang berkerut-kerut tu.

“Rene jadi model? No. I forbid. She isnt like you Sonia.” Dengan tegas Danial membantah. Aku kerutkan dahi. ‘I forbid?’ Eleh. Suka-suka hati dia cakap macam tu. Dia ingat aku ni bini dia ke? Nak larang-larang pulak. Bukan nak kena minta izin dia pun.

“Oklah Rene. Sebelum dia ni naik angin I chow dulu. Bye Rene.” Sonia ketawa besar.

“Awak ni Danial. Apa hal nak forbid-forbid pula.” Tanya ku pantas bila Sonia telah menjauh dengan teman-temannya yang lain. Baru aku perasan pakaian yang dia pakai tu memang seksi gila. Sampai terseksa mata aku melihatnya. Danial tak pernah menegur ke?

“So..Rene memang teringin sangat nak tayang tubuh atas pentas? Nak satu dunia tengok Rene?” Tanyanya kembali pada aku dengan nada suara yang tak puas hati. Tapi aku sambut dengan ketawa. Memang aneh melihat caranya.

“Wow. Tak sangka tinggi betul expectation awak pada saya. Sampai satu dunia nak tengok show saya?” Ketawa aku makin kuat. Satu dunia tengok aku? Betul lah danial ni. Dia ingat aku teringin sangat nak jadi model? Jalan pun tak betul. Lainlah macam adik dia tu dan dia sekali. Berjalan kat kaki lima pun macam buat show kat pentas.

“Orang cakap serius. Dia bergurau. Dahlah. Jom.” Dia menolak bahuku. Ish dia ni. suka sangat buat begini. Tak sempat aku nak beli barang. Aku pun dah terlupa barang apa yang aku mahukan tadi.

“Nak kemana lagi ni?”

“Dah beli baju untuk dinner?” Aku toleh wajahnya. Tanya macam nak belikan aku baju untuk dinner jer? Boleh jugak aku pow dia sekali sekala.

“Belum. Tak tau nak pakai apa.” Ada juga aku bualkan dengan Nadya dan Lisa. Dinner tak de tema pun. Pakailah apa yang nak pakai asal formal. Ikut hati aku tak teringin pun nak join dinner tapi Nadya dan Lisa sibuk nak paksa. Lagipun kena jaga airmuka Danial juga. Tiba-tiba nak kena jaga air muka Danial!

“Then tak payah pakai apa-apa.” Aku siku perutnya. Dia tergelak. Suka sangat cakap perkara bukan-bukan. Main cakap saja. Nasib baik aku dah terbiasa dengan gurauan nakal dia. Tak adalah asyik nak membahang pipi aku ni.

“Ish..menyampah. Pervert.”

“Jom..kita cari baju awak.” Langkah ku terhenti tiba-tiba. Alah. Ttak cukup duit lagilah nak shopping baju dinner. Kalau pakai baju kurung tak boleh? Pakai sut yang biasa aku pakai pergi pejabat. Kan formal tu.

“Saya belum dapat gajilah. Nanti lah dulu.” Dalihku pantas. Takkan aku nak pinjam duit dia pulak.

“Saya belanja. Asalkan jangan pilih yang seksi..tak mau yang pendek, tak mahu yang nampak dada, belakang dan bla ..bla..”

Dan akhirnya gaun ni jadi milik aku. Aku belek gaun warna purple gelap yang tersangkut didalam almari. Cantik. Dan paling cantik bila aku tak keluar sesen pun untuk gaun secantik dan semahal ini. Danial yang bayarkan. Ini kalau aku cerita pada orang mesti dia fikir aku dan Danial ada hubungan sulit. Tapi bagi aku pula dah tak rasa apa-apa. Selalu jugaklah aku terima hadiah dari Danial. Mula-mula dulu aku serba salah. Mana tahu dia syok kat aku so dia saja pancing aku dengan beri macam-macam tapi last-last aku malu dengan perasaan aku sendiri. Siapa yang syok sendiri? Aku kot? Hehehe..

Ah. Dari aku tergelak-gelak sorang ni baik aku kemas pakaian aku. Hari esok dah nak bertolak ke Cherating. Pagi-pagi esok nak kena ada di perkarangan pejabat. Seronok juga sesekali dapat pergi ramai-ramai naik bas macam ni. Bas memang disediakan oleh syarikat. Tapi terserahlah pada staff sendiri samaada nak gunakan bas atau drive sendiri. Aku mestilah naik bas. Baru aku masukkan pakaian kedalam beg handphone berbunyi nyaring. Danial lah tu.

“Hello.” Suaranya sedikit serak. Takkan lah baru bangun tidur kot? Atau dia tak sihat barangkali.

“Yes bos. Kenapa call saya malam-malam ni.”

“Esok pergi dengan saya.” Aku terkejut. Nasib baik tak terjatuh handphone dari pegangan aku saat ini. Kenapa pulak aku kena pergi dengannya? Buang karan betul Danial ni.

“What?”

“Pergi dengan saya ke Cherating. Please. Saya kena attend meeting last minute dengan Dato’ khairi.” Danial mula pancing aku dengan suara yang di lunakkan. Ah. Aku pula jenis yang tak berapa sampai hati nak hampakan dia. Tapi aku tak nak ke Cherating dengannya. Neheh..khabi Neheh!

“La..awak pergilah sorang-sorang. Kalau penat drive, awak suruhlah driver awak tu yang drive. Malaslah saya. Dah janji dengan Nadyalah.”

“Ikut jer lah. Ok ek? Nanti saya jemput awak kat rumah. Bye.” Hilang suara lunak dia berganti dengan ayar tak boleh blahnya. Teruknya dia ni. Tak makan pujuk dia main paksa pulak!

“Danial..” Aku menggertap gigi. Geram. Belum habis cakap lagi dia dah matikan panggilan. Suka main paksa-paksa. Kalau orang lain yang paksa memang dah lama aku maki balik. Jangan mimpi aku nak ikut. Dengan Danial ni aku tak boleh buat macam tu. Dia jarang-jarang minta tolong dengan aku dan yang paling penting aku selalu tak sampai hati nak tolak. Agaknya dia macam tu lah kot.. Rela dalam pasrah? Hish..lain macam bunyi ayat aku ni.

Aku tekan nombor Nadya dan memaklumkan perkhabaran tersebut. Boleh pula minah ni bantai gelak kat aku. Mujur dia gelak saja kalau dia sibuk nak usik aku nanti? Aku juga yang mengalami tekanan perasaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...