Followers

Lelaki Muka Jambu 1

Bab satu

Ayesha menyandarkan tubuhnya di batang pokok rambutan. Sesekali tangannya menepuk nyamuk yang hinggap di lengan dan mukanya. Sudah 15 minit dia menanti. Rumah Haikal bukan jauh mana pun. Adalah selang sebuah dari rumah mak Ngah. Jangan-jangan Haikal tidur lagi kot? Ah...suka buat taik mata jer lelaki itu. Kalau nak cancel date cakaplah tadi. Beria aku drive laju-laju balik kampung ni. Hal apa yang penting sangat sampai tak sempat nak jumpa di KL sahaja.

“Hai Icha...lama tunggu aku ke?” Hah datang pun. Kalau tak .Aku nak blah dah.

“Kau ni selalu lambatlah. Tak gentleman lansung. Paksa aku datang cepat lepas tu kau yang lambat.” Haikal tersengih. Alah..bukan dia sengaja lambat. Mak yang suruh dia buat macam-macam tadi. Tidak mahu di syak mak bukan-bukan dia tunggu jer sampai mak tidur.

“Sorry lah Icha..Mak aku kau tahu-tahu jer lah.” Ayesha menahan marah. Asyik-asyik bagi alasan mak. Memang betul lah Haikal ni anak mak. Anak manja.

“Kau nak cakap apa ni?”

“Alah..rilekslah..aku nak lepas rindu tengok muka dulu. Cantiknya gf aku ni.”

“Haikal..cepatlah. nanti mak kau nampak pula. Tak sempat kau nak cakap lansung nanti.”

“Mak nak aku pergi England. Sambung master kat sana.” Bulat mata Ayesha mendengar ayat Haikal. England? Jauhnya...Kat Malaysia ni tak boleh sambung study ke? Banyak betul duit Makcik sumayyah nak hantar anak lelaki sorangnya pergi England.

“Lama ke kau kat sana?”

“Entah..tak lamalah. 3 tahun jer...aku pun tak nak tapi mak aku paksa. Tak beranilah aku nak tolak. Aku ingat aku nak terus kerja..nak kumpul duit lepas tu pinang kau.” Ayesha mengeluh. Dia dah selalu dengar macam tu. Asyik cakap nak pinang..tapi tak nak nampak kesungguhan pun.

“Kau tu cakap jer macam tu...dah lama aku tunggu.”

“Aku nak pujuk mak aku dululah Icha..”

“Kau ni...kau sayang aku tak Haikal?” Haikal menoleh wajah Ayesha yang muram. Ada ke tanya macam tu..mestilah aku sayang. Sayang sangat tapi aku sayang mak juga..tak berani nak lukakan hati mak. Buatnya mak mengamuk...

“Nantilah aku pujuk mak aku...Kau jangan bimbang..aku sungguh-sungguh nak kau jadi isteri aku.” Ayesha membiarkan Haikal mengenggam jarinya. Sikit-sikit dia rasa terpujuk. Lelaki ni pandai betul ambil hati. Rupa tu belakang kiralah. Aku bukan pandang rupa dia..tapi kebaikan dia.. tiada rupa pun..atau rupa macam kura-kura macam yang Mak Ngah selalu cakap..ramai juga yang berkenan dengan Haikal. Mulut manis... dah selalu juga dia tengok Haikal berpapasan dengan perempuan lain tapi dia tiada hati nak marah. Kan Haikal dah janji nak kahwin dengan dia?

“Eh..aku balik dulu ya..nanti mak aku cari,,nampak aku kat sini..riuh sekampung dia membebel..nanti saya call ok? Kita jumpa kat KL nanti.” Haikal meminta diri. Tak mahu mak membebel tengok dia dan Ayesha. Ayesha ni pun satu..cuba pakai elok-elok macam anak dara lain. Ni tak...asyik pakai skirt pendek dengan legging dan blouse ni...rambut pun celoreng-celoreng..memang patutlah mak marah. Kat kampung pun nak pakai macam ni. Bukan dia tak pernah larang. Ermm...fikir balik kalau Ayesha pakai sesopan mana pun mak tetap tak benarkan juga dia jadikan Ayesha isteri...sampai mati pun tidak..

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana tinggalkan jejak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...